Latar belakang

Koperasi Desa Perdana Kemasik Kemaman Berhad (KODESA)

“AGEN PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT DESA”

Home/Latar Belakang

KOPERASI DESA PERDANA KEMASIK KEMAMAN BERHAD diwujudkan di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2018. Koperasi tunggal ini ditubuhkan sempena kemenangan Kampung Baru Kemasik sebagai Juara Anugerah Desa Perdana 2017 dalam kategori “Kampung Tradisional”. Dengan itu juga, nama koperasi dinamakan seiringan dengan kemenangan tersebut. Objektif utama pertubuhan koperasi ini adalah untuk turut serta dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Koperasi Desa Perdana ini menyediakan aktiviti dari segi perkhidmatan, pertanian, penternakan & perladangan.

Koperasi ini beroperasi pada awal tahun 2018 dan memerlukan modal yang sangat tinggi. Sehubungan dengan itu, kami menggunakan peluang yang terbaik iaitu geran hadiah kemenangan sebanyak RM600,000 sebagai modal permulaan & pusingan. Dengan bermodalkan geran kemenangan ini, pihak kami dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagaan dan cadangan projek seperti yang dirancang. Koperasi membuka keahlian untuk menjadi anggota koperasi kepada seluruh warga kemaman mengikut kepada undang-undang koperasi seperti yang ditetapkan bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Selain kemenangan dalam Program Desa Perdana, Kampung Baru Kemasik juga dinobatkan sebagai Juara Anugerah Desa Lestari pada tahun 2018. Hasil daripada kemenangan tersebut, pihak koperasi telah menerima geran sebanyak RM1.7 juta. Pembahagian geran tersebut, pihak koperasi telah menerima 1 Unit Backhoe Komatsu, 3 Unit Lori Tipper Hino 24 Tan Tayar 10 dan Depoh Desa Lestari. Pihak koperasi juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mempunyai perancangan terperinci untuk menambah pendapatan koperasi.

Selaras dengan visi koperasi iaitu menjadi “Agen Pembangunan Ekonomi Masyarakat Desa”, Pihak koperasi akan menjadi salah satu ejen kepada penduduk kampung yang mengeluarkan produk Industri Kecil dan Sedehana dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Dengan adanya Program Desa Perdana dan Desa Lestari, pihak koperasi dapat membantu anggota koperasi khususnya dan penduduk kampung amnya dalam menambah pendapatan mereka.

Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi. Pihak koperasi juga menjadi agen pembangunan koperasi bagi membantu melonjakkan pendapatan koperasi ke arah mencapai sasaran untuk koperasi menyumbang RM50 bilion pendapatan negara menjelang 2020.