
KOPERASI DESA PERDANA KEMASIK KEMAMAN BERHAD diwujudkan di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2018. Koperasi tunggal ini ditubuhkan sempena kemenangan Kampung Baru Kemasik sebagai Juara Anugerah Desa Perdana 2017 dalam kategori “Kampung Tradisional”. Dengan itu juga, nama koperasi dinamakan seiringan dengan kemenangan tersebut. Objektif utama pertubuhan koperasi ini adalah untuk turut serta dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Koperasi Desa Perdana ini menyediakan aktiviti dari segi perkhidmatan, pertanian, penternakan & perladangan.
PT 3911, Sarang Lang, Kampung Baru Kanan, 24200 Kemasik Kemaman Terengganu Darul Iman
Monday – Friday: 9:00 AM – 6:00 PM
Saturday – Sunday: 9:00 AM – 12:00 PM












